BREAKING NEWS

Watsapp

Friday, October 6, 2023

ISTILAH DALAM KITAB

 


ISTILAH DALAM KITAB


✍️Dalam membicarakan kitab-kitab ada istilah-istilah :


🩸MATAN


✍️Matan ialah pokok karangan seseorang. Biasanya Matan ini pendek pendek dan ringkas-ringkas, diterangkan yang pokok-pokok saja. Umpamanya :

▪️ Matan Bina (sharaf), ▪️Matan Ajrumiyah (Nahwu)

▪️Matan

Ummul Barahin (Ushuluddin)

▪️Matan Sulam (Manthiq)

 dan lain-lain.


🩸SYARAH


✍️Syarah ialah uraian lebih panjang tentang Matan, biasanya syarah sesuatu Matan dibuat oleh orang lain dengan menyelipkan disela-sela Matan. Dan biasanya juga Matan diletakkan dalam tanda kurung (buka-tutup) dan

syarah diluar tanda kurung itu. Dan biasanya juga syarah lebih panjang dari Matan.


🩸HASYIYAH


✍️Hasyiyah ialah komentar-komentar kecil dari Matan atau dari Syarah yang ditulis oleh orang lain pula. Biasanya Hasyiyah itu diletakkan ditepi atau ditengah kitab dengan memakai tanda “qauluhu".


Dalam satu kitab kadang-kadang terdapat Matan, Syarah, Hasyiyah dan ada yang dua Hasyiyahnya.

Share this:

 
Copyright © 2014 anzaaypisan. Designed by OddThemes