🛑Ngaji Kitab (PART 12)
Kitab Kifayatul Awam
(Karya Syeikh Muhammad Al Fudhali)
🔲PELAJARAN 3
🛑 PENGERTIAN BAQO'
الصِّفَةُ الثَّالِثَةُ الْوَاجِبَةُ لَهُ تَعَالَى الْبَقَاءُ وَمَعْنَاهُ عَدَمُ الْآخَرِيَّةِ
لِلْوُجُودِ
✍️"Sifat ketiga yang wajib bagi Allah adalah Baqo' dan maknanya adalah: Tidak ada akhir bagi wujud".
فَمَعْنَى كَوْنِ اللَّهِ تَعَالَى بَاقِيًا اَنَّهُ لَا آخِرَ لِوُجُودِهِ
✍️"Maka makna keadaan Allah itu Baqo' (kekal) adalah bahwa Dia tidak ada akhir bagi wujudNya".
🛑DALIL SIFAT BAQO'
وَالدَّلِيلُ عَلَى بَقَائِهِ تَعَالَى أَنَّهُ لَوْجَازَ أَنْ يُلْحِقَهُ الْعَدَمُ لَكَانَ حَادِثًا فَيَفْتَقِرُ إِلَى مُحْدِثٍ وَيَلْزَمُ الدُّورُ أَوِ التَّسَلْسُلُ وَقَدْ تَقَدَّمَ تَعْرِيفُ كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا فِي دَلِيلِ الْقِدَمِ
✍️"Dan dalil atas baqo Nya Allah adalah bahwa kalau boleh Allah itu dihubungi oleh ketiadaan ('adam) niscaya jadilah Dia baru (hadits) maka dia membutuhkan kepada muhdits dan lazimlah Daur atau Tasalsul. Dan telah terdahulu ta'rif masing-masing dari keduanya pada dalil Qidam"
وَتَوْضِيحُهُ أَنَّ الشَّيْءَ الَّذِي يَحُوزُ عَلَيْهِ الْعَدَمُ يَنْتَفِى عَنْهُ الْقِدَمُ لِأَنَّ كُلَّ مَنْ لَحِقَهُ الْعَدَمُ يَكُونُ وُجُودُهُ حَائِزًا وَكُلُّ جَائِزٍ الْوُجُودِ يَكُونُ حَادِثًا وَكُلُّ حَادِثٍ يَفْتَقِرُ إِلَى مُحْدِثٍ وَهُوَ تَعَالَى ثَبَتَ لَهُ الْقِدَمُ بِالدَّلِيلِ الْمُتَقَدِّمِ وَكُلُّ مَا ثَبَتَ لَهُ الْقِدَمُ اسْتَحَالَ عَلَيْهِ الْعَدَمُ فَدَلِيلُ الْبَقَاءِ لَهُ تَعَالَى هُوَ دَلِيلُ الْقِدَمِ
✍️"Dan penjelasannya adalah bahwa sesuatu yang boleh atasnya a'dam maka tidak ada padanya Qidam karena setiap dzat yang bisa dihubungi a'dam jadilah wujudnya jaiz dan setiap yang jaiz wujud adalah hadits dan setiap yang hadits membutuhkan kepada Muhdits. Dan Dia Allah telah tetap bagiNya qidam dengan dalil yang terdahulu dan setiap sesuatu yang telah tetap baginya Qidam niscaya mustahil atasNya a'dam. Maka, dalil baQo bagi Allah adalah dalil qidam".
🛑 KESIMPULAN DALIL BAQO'
وَحَاصِلُهُ أَنْ تَقُولَ لَوْ لَمْ يَجِبْ لَهُ الْبَقَاءُ بِأَنْ كَانَ يَجُوزُ عَلَيْهِ الْعَدَمُ لَا نُتَّفَى عَنْهُ الْقِدَمُ وَالْقِدَمُ لَا يَصِحُّ انْتِفَائُهُ عَنْهُ تَعَالَى لِلدَّلِيلِ
الْمُتَقَدِّمِ
✍️"Dan kesimpulannya adalah bahwa anda berkata: Kalau tidak wajib bagi Allah itu baqo' dalam arti boleh atasNya a'dam niscaya tidak ada padaNya qidam, sedangkan qidam itu tidak syah dihilangkan dari Allah, karena dalil yang terdahulu".
وَلِهَذَا هُوَ الدَّلِيلُ الْإِجْمَالِيُّ لِلْبَقَاءِ الَّذِي يَجِبُ عَلَى كُلِّ شَخْصٍ
أَنْ يَعْلَمَهُ
✍️"Dan inilah dalil ijmali bagi baqo' yang wajib atas setiap orang untuk mengetahuinya".
وَهَكَذَا كُلُّ عَقِيدَةٍ يَجِبُ أَنْ يُعْلَمَهَا وَيَعْلَمَ دَلِيلَهَا الْإِجْمَالِيَّ فَإِذَا عَرَفَ بَعْضَ الْعَقَائِدِ بِدَلِيلِهِ وَلَمْ يَعْرِفْ الْبَاقِي بِدَلِيلِهِ لَمْ يَكْفِ فِي الِايْمَانِ عَلَى رَأَى مَنْ لَمْ يَكْتَفِ بِالتَّقْلِيدِ
✍️"Dan begitu juga tiap-tiap aqidah, wajib untuk mengetahuinya dan mengetahui akan dalilnya yang ijmali. Maka jika dia mengetahui sebagian akidah-akidah dengan dalilnya sedangkan dia tidak mengetahui yang lain beserta dalilnya, tidaklah cukup pada iman berdasarkan pendapat ulama yang tidak menganggap cukup dengan taklid".
🛑TAMBAHAN
KAMUS ILMU TAUHID:
🔴 #QADIM SIFATI (قديم صفاتي)
Qadim Sifati adalah Tidak ada permulaan pada #SIFAT Allah swt.
🔴 #QADIM ZATI (قديم ذاتي)
Qadim Zati adalah Tidak ada permulaan pada #ZAT Allah swt
🔴 #QADIM IDHAFI (قديم اضافي)
Qadim Idhafi adalah Terdahulu suatu atas suatu seperti terdahulu bapa kepada anak
🔴 #QADIM ZAMANI (قديم زماني)
Qadim Zamani adalah Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya setahun.
🔴 #QADIM HAKIKI (قديم حقيقي)
Qadim Hakiki Ialah QADIM SIFATI & QADIM ZATI,tiada harus dikatakan lain daripada Allah swt.
🔴 #KEKAL HAKIKI (ككل حقيقي)
Kekal Hakiki adalah kekal yang sebenar.
🔴 #KEKAL ARADHI (ككل عرضي)
= Kekal Aradhi ialah kekal yang mendatang .Ada 10 semuanya :
1⃣ #SYURGA
2⃣ #NERAKA
3⃣ #LAUH MAHFUZ
4⃣ #ARASH
5⃣ #QALAM
6⃣ #KURSI
7⃣ #ROH
8⃣ #JISIM SEKALIAN NABI
9⃣ #JISIM PEJUANG MATI SYAHID.
🔟 #AJBU ZANBI (عجب الذنب)
=Iaitu tulang kecil seperti biji sawi duduknya ditungging manusia.Itulah benih anak adam ketika bangkit dari kubur.
Sumber :
Kitab Risalah tauhid.
🔴 #DAUR (دور)
Daur ertinya BERKELILINGAN.
Terbahagi kpd 2 :
1⃣ DAUR MUSARRAH (دور مصرح)
Berkelilingan yang dinyatakan.Iaitu ada dua peringkat seperti Zaid menjadikan Amar & Amar menjadikan Zaid.
2⃣ DAUR MUDHMAR (دور مضمر).
Iaitu Berkelilingan yang disembunyikan.Iaitu adanya ia dengan beberapa peringkat seperti Zaid menjadikan Amar,Amar menjadikan Bakar dan Bakar itu menjadikan Zaid.
🔴 #TASALSUL (تسلسل)
Tasalsul ertinya Berturutan/Berangkai yang tiada kesudahan.
Seperti Zaid menjadikan Amar,Amar menjadikan Bakar,Bakar menjadikan khalid dan demikian lah seterusnya hingga tiada kesudahan pada menjadikan itu.
Wallahu a'lam